web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Masih Terkawal - LLM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Oct 2021 10:31AM

Aliran trafik masih terkawal dan lancar. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di plaza tol utama di ibu negara setakat pagi ini masih lagi terkawal dan lancar meski pun pergerakan rentas negeri dibenarkan sejak minggu lalu.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, sehingga jam 7 pagi tadi aliran trafik di beberapa lokasi seperti di Plaza Tol Gombak, Selangor dan Bentong, Pahang serta laluan mendaki di Genting Sempah, Pahang masih lagi lancar dan terkawal.

Keadaan itu tidak jauh berbeza seperti yang dilaporkan LLM sejak malam tadi.

"Selain itu, aliran trafik di sepanjang lebuh raya di sekitar Plaza Tol Sungai Besi, Serdang, Selangor; Plaza Tol Skudai dan Plaza Tol Kempas, Johor, masih lancar.

"Malah, aliran trafik di semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang termasuk Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) juga lancar dan terkawal," ciapnya di Twitter.

Aliran trafik juga disahkan masih lancar di sekitar Plaza Tol Karak, Pahang dan Kuala Terengganu, Terengganu.

"Bagaimanapun, aliran trafik agak perlahan sepanjang tiga kilometer dari Taiping Utara ke Bukit Merah, Perak berikutan penutupan lorong kanan di Kilometer (KM) 198.7 arah utara bagi kerja pengalihan kemalangan treler di lokasi terbabit," katanya.

Difahamkan, aliran trafik di laluan sekitar Plaza Tol Sungai Dua, Juru dan Jalan Duta juga masih terkawal dan lancar setakat ini. - Getaran, 16 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia