web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


112 Pengunjung Putih Mata, Terima Kompaun Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 1:25PM

112 pengunjung pusat hiburan dikenakan kompaun oleh polis di ibu kota, malam tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keseronokan 112 pengunjung sebuah pusat hiburan di ibu negara tidak kekal lama apabila mereka akhirnya berputih mata dek kompaun sebanyak RM580,000 yang dikeluarkan polis.

Dalam serbuan khas Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur itu, polis turut mengeluarkan kompaun sebanyak RM25,000 kepada pemilik pusat hiburan terbabit.

Ketua JPJKK Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, serbuan itu disertai oleh 21 pegawai dan anggota JPJKK Kuala Lumpur, hasil daripada maklumat risikan yang dilakukan pihaknya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, tindakan mengoperasikan pusat hiburan melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 Fasa 3.

Ketika serbuan, terdapat seramai 112 pengunjung berada di dalam premis terbabit masing-masing 59 lelaki dan 53 perempuan.

“Polis mengeluarkan kompaun terhadap semua pengunjung manakala pemilik premis dikenakan dikompaun RM25,000, menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan adalah sebanyak RM580,000,” katanya yang mengetuai operasi  dilaksanakan malam semalam itu.

Menurut beliau, seramai enam pengunjung termasuk empat wanita didapati positif dadah selepas pihaknya menjalankan ujian saringan air kencing secara rambang terhadap 32 pengunjung.

“Keenam-enam mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Difahamkan, polis turut merampas 80 botol minuman keras yang terdapat di premis hiburan terbabit. - Getaran, 16 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia