web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemimpin Negara Perlu Diwajib Isytihar Aset - ABIM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 4:44PM

Muhammad Faisal Abdul Aziz - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemimpin negara diminta mengisytiharkan aset masing-masing susulan pendedahan Kertas Pandora baru-baru ini.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan apabila ia turut melibatkan beberapa tokoh politik di negara ini.

Tegas beliau, ABIM menggesa agar kerajaan mewujudkan rang undang-undang khusus bagi mewajibkan setiap pemimpin negara mengisytiharkan nilai wang serta aset yang dimiliki mereka, baik di dalam atau luar negara.

Katanya, ABIM turut sependapat dan menyokong gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Dewan Rakyat membahaskan isu untuk mendedahkan Kertas Pandora pada kadar segera.

"Rang undang-undang ini juga perlu mewajibkan setiap pemimpin negara berkenaan menjelaskan sumber serta bagaimana semua aset ini dikumpulkan.

"ABIM merasakan desakan menerusi usul yang dibuat oleh Anwar agar pendedahan ini dibahaskan di Parlimen adalah tepat, memandangkan ia membabitkan ketelusan dan integriti dalam kalangan ahli politik, khususnya mereka yang menjawat tugasan penting dalam pentadbiran negara," katanya.

Rakyat jelas Faisal, perlu terus menyuarakan keprihatinan dengan menuntut agar pendedahan Pandora Papers perlu dibahaskan secara terbuka semasa sidang rasmi Parlimen.

"Ia harus disiasat menerusi mekanisme perundangan rasmi," tegasnya. - Getaran, 16 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia