web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bahang Api Hentikan Niat Pemuda Untuk Bunuh Diri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2021 8:30PM

Keadaan lori dan pondok yang hangus selepas dibakar oleh seorang lelaki yang mahu membunuh diri di Mukim Junjong, Kulim, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Gara-gara gagal menahan kepanasan bahang api yang membakar pondok didiaminya, seorang pekerja di kandang lembu membatalkan hasrat untuk membunuh diri, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, kejadian itu disedari oleh pengurus kandang lembu berkenaan yang datang ke lokasi tersebut di Mukim Junjong kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. 

"Sebaik tiba, pengurus berkenaan terkejut melihat pondok kediaman pekerjanya terbakar. Turut terbakar adalah lori milik syarikat berkapasiti satu tan jenis Daihatsu. 

"Melihat keadaan tersebut, pemilik kandang lembu berkenaan bertanya kepada pekerjanya mengenai kejadian itu, sebelum lelaki tempatan berusia 33 tahun dan berasal dari Pulau Pinang itu mengaku membakar pondok terbabit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Sazalee menambah, siasatan awal mendapati pekerja itu bertindak demikian kerana merasa tertekan dengan tindakan rakan sekerja yang sering memburuk-burukkan dirinya, termasuk menuduh pemuda berkenaan mengambil duit sumbangan pertubuhan agama untuk membeli dadah. 

"Dia dipercayai membakar pondok itu menggunakan selimut sebagai bahan mudah bakar, bertujuan membunuh diri namun membatalkan hasratnya disebabkan bahang api yang terlalu panas, sebelum bertindak keluar dari rumah tersebut.

"Suspek mengaku melakukan tindakan itu dan dia kemudiannya dibawa ke balai polis serta ditahan untuk tindakan lanjut," katanya. 

Sazalee menambah, polis turut merampas sehelai baju, seluar jeans, sepasang selipar dan pemetik api untuk membuat siasatan.

"Ujian urin dijalankan terhadap suspek mendapati dia negatif dadah.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 435, Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran 16 Oktober 2021.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Semasa 1 hari yang lalu

Kuota Dan Syarat Semakin Ketat, Sekolah Memandu Kehilangan Tenaga Pengajar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Jual Beras Dalam Talian, Anda Boleh Didakwa’ - KPKM

oleh Diyana Nawwar