web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Cadang Jumpa Anti Vaksin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 12:32PM

Dr Noor Azmi Ghazali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan berhubung vaksin COVID-19 berdasarkan kajian klinikal yang sahih, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata beliau boleh mengatur perjumpaan itu dengan melibatkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dr Noor Azmi berpendapat kumpulan terbabit perlu diberi penerangan yang sebetulnya berhubung vaksin COVID-19 kerana KKM tidak membuat sebarang keputusan secara semberono, malah berdasarkan kajian dalam dan luar negara.

Beliau berkata KKM sebelum ini sudah menyatakan bahawa vaksin COVID-19 bukanlah penyembuh tetapi bagi meningkatkan imuniti badan dan kajian juga menunjukkan terdapat kesan penurunan antibodi selepas enam bulan divaksin, lalu memerlukan individu berkenaan diberi dos penggalak.

"Jadi saya nak sarankan kalau ada kumpulan ini (antivaksin), kenapa tidak kita jumpa, kita boleh uruskan, saya boleh berbincang dengan Menteri Kesihatan. Kita bersemuka dan bercakap yang sebenar-benarnya.

"Jangan kita cakap sini sana dan menyebarkan berita palsu, kita bimbang juga. Nanti KKMM (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) akan ambil tindakan kerana penyebaran berita palsu pula," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Dr Noor Azmi menjawab soalan tambahan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff berhubung tindakan kerajaan supaya tidak timbul kekeliruan dalam kalangan kumpulan antivaksin yang menggunakan data COVIDNOW bagi mempengaruhi mereka yang belum divaksin. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia