web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mohd Nizom Dilantik CEO LHDN Baharu Berkuat Kuasa Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 10:01PM

Mohd Nizom Sairi - Gambar dari Twitter Buletin TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Datuk Mohd Nizom Sairi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang baharu berkuat kuasa esok.

LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Mohd Nizom adalah bagi menggantikan Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

“LHDN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Seri Dr Sabin Samitah atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di LHDN,” menurut kenyataan itu.

Mohd Nizom, 58, yang memegang ijazah sarjana dari Lawrence Technological University, Amerika Syarikat mula berkhidmat di LHDN pada 13 Nov 1985 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi operasi percukaian, pematuhan dan pungutan cukai, percukaian antarabangsa serta latihan percukaian.

Sebelum menjawat portfolio Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nizom pernah memegang beberapa jawatan penting di LHDN merangkumi Pengarah Jabatan Siasatan, Pengarah Akademi Percukaian Malaysia, Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai, Pengarah Negeri LHDN Perak serta menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan).

Selain merakamkan ucapan tahniah kepada Mohd Nizom atas pelantikan sebagai CEO, LHDN memaklumkan pengalaman beliau yang luas akan membolehkan pihaknya mencapai visi untuk menjadi pentadbir cukai terunggul selari dengan aspirasi membina sebuah Keluarga Malaysia yang terangkum.  - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia