web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Mesej Nombor OTP, MySejahtera Cuba Diceroboh?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 6:34PM

Ciapan kolumnis Getaran Haresh Deol yang berkongsi beliau juga mengalami pengalaman yang sama dengan aplikasi MySejahteranya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak diwujudkan, aplikasi MySejahtera tidak pernah sunyi daripada menerima pelbagai jenis aduan dan rungutan.

Selepas isu sijil digital dan janji temu untuk mendapatkan vaksin ‘lesap’ secara tiba-tiba, kali ini timbul pula masalah baharu berkaitan aplikasi tersebut.

Ia menyebabkan tanda pagar #MySejahtera sekali lagi trending di Twitter hari ini, apabila pengguna bertindak menyebarkan senario itu di media sosial.

Mereka mendakwa menerima mesej nombor OTP untuk pendaftaran ‘check in’ MySejahtera di telefon bimbit masing-masing sejak tengah malam tadi.

“Hi @Khairykj @my_sejahtera saya menerima nombor OTP untuk pendataran ‘check in’ pada pukul 3:52 pagi walhal saya tidak berbuat demikian pada waktu itu. Saya sedang tidur. Boleh anda bantu? Saya takut seseorang akan menggunakan identiti saya untuk kepentingan mereka,” kata seorang netizen.

Seorang lagi netizen berkongsi pengalamannya menghadapi masalah dengan aplikasi MySejahteranya.
Seorang lagi netizen berkongsi pengalamannya menghadapi masalah dengan aplikasi MySejahteranya.

“Seseorang cuba log masuk menggunakan MySejahtera saya kerana saya menerima mesej nombor OTP. Tertanya-tanya jika ini adalah insiden terpencil atau sesuatu yang lebih besar?” soal Chew Mei Ling.

“Seseorang cuba log masuk menggunakan MySejahtera kita. Jangan beri nombor OTP kepada sesiapa,” ciap seorang lagi pengguna dikenali sebagai Aizat.

Kolumnis Getaran, Haresh Deol turut tidak terkecuali berkongsi masalah sama dihadapinya menerusi satu ciapan di Twitter.

“Lihat saya tidak bersendirian. Menerima SMS sama dari 68088 kononnya dari @my_sejahtera, pukul 4.56 pagi. Saya di rumah, sedang tidur,” katanya.

Susulan insiden beliau turut meminta penjelasan daripada pihak berwajib berhubung masalah itu.

“Penjelasan daripada semua pihak mampu menangkis semua teori konspirasi yang bakal muncul akibat perkara ini,” katanya.

Ironinya, ini bukan kali pertama Haresh berdepan masalah membabitkan MySejahtera.

Penulis tersebut beberapa bulan lalu pernah berkongsi ‘kekecohan’ dialami apabila mahu membawa ibunya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 di sebuah Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) di Lembah Klang.

Beberapa pengguna yang menghadapi masalah sama turut meluahkan rasa bimbang seandainya identiti mereka di aplikasi tersebut cuba diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

Mereka turut membuat pautan pada akaun Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan akaun MySejahtera bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun sehingga laporan ini ditulis, tiada sebarang maklum balas diterima daripada Khairy dan MySejahtera mengenai aduan terbabit. - Getaran, 19 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia