web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesawat Tentera Singapura Di Ruang Udara Johor, Sertai Latihan FPDA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 8:35PM

Affendi Buang - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pesawat Tentera Udara Republik Singapura yang dilihat terbang rendah di ruang udara Pasir Gudang, Johor sejak awal bulan ini merupakan sebahagian daripada aset terlibat dalam latihan ketenteraan negara anggota Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Buang berkata Eksesais Bersama Gold 2021 itu berlangsung sejak 8 Okt lepas sehingga Isnin lepas selain terlibat dalam acara terbang lintas (fly-past) sempena sambutan 50 Tahun FPDA esok. 

Katanya sepanjang latihan, semua pesawat tentera anggota FPDA iaitu Australia, New Zealand dan United Kingdom ditempatkan di Singapura, manakala pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), beroperasi dari Pangkalan Udara di dalam negara.

"Ini menyebabkan peningkatan trafik udara di sekitar ruang udara negara khususnya di selatan Johor berhampiran Pasir Gudang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Affendi berkata penerbangan semua pesawat terlibat mendapat kelulusan diplomatik bagi tujuan latihan, dan kawasan ruang udara Pasir Gudang merupakan laluan penerbangan yang dibenarkan sewaktu latihan berkenaan berlangsung.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan masyarakat Malaysia amnya dan rakyat Johor terutamanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia