web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Benarkan Moratorium Bersasar Untuk Peminjam PTPTN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 3:52PM

Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta membenarkan pemberian moratorium bersasar kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Pengerusi PTPTN, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, PTPTN seharusnya dibenarkan memberi diskaun sekurang-kurangnya 20 peratus kepada peminjam yang membuat pembayaran penuh dana pendidikan terbabit, sekiranya moratorium itu sukar dilaksanakan.

Menurut beliau, PTPTN juga meminta kebenaran kerajaan untuk memberikan diskaun kepada peminjam yang membayar menggunakan potongan debit terus secara bulanan sebagai ganjaran kepada mereka kerana membuat pembayaran mengikut jadual.

“Malam tadi saya bersama-sama rakan Ketua Penerangan daripada parti dalam kerajaan berdialog dengan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengenai Belanjawan 2022.

“Selaku Ketua Sekretariat Ketua-Ketua Penerangan, saya diberi peluang memulakan sesi dialog. Saya memberikan tiga cadangan. Salah satu daripadanya adalah cadangan saya mengenai PTPTN,” katanya.

Wan Saiful berkata, dalam keadaan ekonomi yang berada dalam fasa pemulihan ketika ini, sejumlah besar rakyat masih dibebani masalah kewangan.

“Diskaun ini adalah satu perkara yang popular dan sering disebut dalam pelbagai sesi libat urus yang kami jalankan. Saya harap kerajaan akan mempertimbangkannya dalam Belanjawan 2022.

“Saya juga sampaikan surat rasmi daripada saya selaku Pengerusi PTPTN kepada Menteri Kewangan mengenai perkara ini,” katanya. – Getaran, 22 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia