web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Jual Hak Milik Tanah - MB Pahang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 6:06PM

Wan Rosdy Wan Ismail beramah mesra dengan salah seorang penerima suratan hak milik pada Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Kekal Taman Sepakat dan Sumbangan Wang Ihsan di Dewan Taman Sepakat, hari ini. - Gambar dari Facebook Menteri Besar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Semua penerima suratan hak milik tanah dari kerajaan negeri diingatkan supaya tidak menjual tanah berkenaan hingga menyusahkan kehidupan mereka selepas itu, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, kerajaan negeri memandang serius tindakan tersebut kerana ia boleh membantutkan usaha kerajaan mengagihkan tanah kepada golongan sasaran.

"Kita kena ingat, sumber tanah sangat terhad dan tidak sepatutnya mereka yang mendapat hak milik atas tanah kerajaan negeri menjual tanah itu untuk mendapatkan keuntungan cepat," katanya.

Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Kekal Taman Sepakat dan Sumbangan Wang Ihsan di Dewan Taman Sepakat, dekat sini, hari ini.

Seramai 81 pemilik tanah menerima suratan hak milik pada program itu yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Rahim Muda dan Timbalan Menteri Kewangan 1 selaku Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah.

Wan Rosdy berkata, proses pemberian suratan hak milik kepada penduduk mengambil masa kerana perlu melalui beberapa proses sebelum dimuktamadkan.

"Memang proses untuk mengeluarkan suratan hak milik ini mengambil masa sedikit kerana perlu melalui prosedur tertentu.

"Macam di sini (Taman Sepakat), mereka menunggu kira-kira 40 tahun sebelum kerajaan negeri dapat mengagihkan suratan hak milik kepada semua pemilik. Janganlah jual pula bila sudah dapat, gunalah sebaik mungkin dan kalau belum ada rumah, buatlah rumah di atas tanah berkenaan," katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata, seramai 2,000 penduduk terjejas banjir di sekitar daerah Kuantan layak menerima sumbangan wang ihsan.

"Setiap ketua isi rumah menerima RM500 dan secara keseluruhannya sumbangan wang ihsan ini membabitkan peruntukan berjumlah RM1.4 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana yang diselaraskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Sebahagian daripada penduduk menerima wang ihsan hari ini dan selebihnya akan diagihkan secara berperingkat,tapi semua akan dapat," katanya. – Getaran, 22 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia