web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2024 8:38AM

Pengarah JSJK Bukit Aman Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima laporan daripada Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang berkait penggunaan Darjah Kebesaran SSAP yang tidak wajar. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Polis merampas beberapa peralatan darjah kebesaran palsu daripada seorang pengarah sebuah syarikat telekomunikasi berkaitan dakwaan penggunaan gelaran 'Datuk Seri' palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihaknya menerima laporan daripada Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang berhubung penggunaan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang tidak wajar.

"Susulan itu, beberapa peralatan darjah kebesaran palsu telah dirampas daripada penama yang merupakan pengarah sebuah syarikat telekomunikasi.

"Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek lain yang terlibat dalam sindiket pemalsuan darjah kebesaran Pahang," katanya dalam kenyataan semalam.

Ramli sehubungan itu menasihati mana-mana individu supaya tidak sewenang-wenang menggunakan darjah kebesaran palsu kerana ia merupakan kesalahan jenayah.

Beliau berkata dalam kes terbabit, pengarah itu boleh dituduh di bawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen 18, Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 kerana telah menggunakan gelaran tidak wajar bagi tujuan perniagaan.

Jika disabit kesalahan, katanya pelaku boleh didenda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 7 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 22 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan