web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mohd Shukrie Letak Jawatan, Teroka 'Peluang Lain'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 8:20PM

Mohd Shukrie Mohd Salleh - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh meletakkan jawatan, berkuatkuasa Ahad ini.

Jurucakap MAHB berkata, Shukrie yang menyertai MAHB sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Mei 2019 membuat keputusan tersebut bagi 'meneroka peluang lain'.

“Sepanjang perkhidmatannya, Datuk Shukrie telah memainkan peranan yang penting dalam mengemudi MAHB mengharungi pandemik (COVID-19), di samping memastikan kestabilan operasi dan kewangan syarikat.

“Barisan Lembaga Pengarah ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Datuk Shukrie di atas segala usahanya (di MAHB),” jelas jurucakap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu.

Awal hari ini, MAHB mengumumkan perlantikan Datuk Iskandar Mizal Mahmood sebagai Pengarah Urusan baharu berkuatkuasa 25 Oktober ini.

Perlantikan Iskandar Mizal ibarat sirih pulang ke gagang, kerana beliau pernah menjadi Pengurus Besar MAHB pada tahun 1999 hingga 2003. 

Beliau juga mengetuai pasukan penyenaraian MAHB di Bursa Malaysia.

Pengumuman peletakan jawatan Shukrie ini dipercayai mempunyai kaitan dengan satu laporan kontroversi dari laman portal Dagang News, Isnin lalu, yang mendakwa terdapat perselisihan pendapat antara beliau dengan Pengerusi MAHB, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Ketidaksefahaman itu kononnya membabitkan penjualan Lapangan Terbang Subang yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS).

Bagaimanapun, MAHB menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan, barisan kepimpinannya sentiasa berpegang kepada pendirian untuk tidak menjual LTSAAS kepada mana-mana pihak. – Getaran, 22 Oktober 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia