web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Operasi Cari Mangsa Hilang Di Pantai Sungai Ular Diteruskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 12:51PM

Operasi mencari mangsa hilang di Pantai Sungai Ular diteruskan pagi ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Fazrul Hakimi Mohd Ariffin, 11, yang hilang semasa mandi di Pantai Sungai Ular, di sini, disambung semula pukul 7 pagi tadi. 

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Pahang Kepten Mohamad Suhairy Hussain berkata operasi yang ditangguhkan kira-kira 11 malam semalam diteruskan hari ini di persisiran pantai dan kawasan pencarian meliputi 80 batu nautika. 

“Tiga aset daripada APMM, polis marin, bomba telah digerakkan untuk meneruskan pencarian dibantu penduduk Kampung Sungai Ular...cuaca agak baik dan saya harap ia dapat membantu operasi SAR hari ini,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Tambah beliau, seramai 107 anggota daripada pelbagai agensi antaranya polis, bomba, APMM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terlibat dalam SAR itu.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang semalam, Fitrah Dhia Zahraa' Zaidi, 9, dan Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13, yang juga kakak kepada Mohd Fazrul Hakimi ditemukan lemas. 

Fitrah Dhia Zulaikha, 13, yang juga kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’ juga hampir lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya, bagaimanapun diselamatkan oleh orang awam.

Seorang saksi kejadian, Badrol Hisham Mohamad, 39, berkata sejurus mendapat tahu kejadian itu beliau dan rakannya yang juga seorang petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan bergegas ke lokasi kejadian sekitar pukul 6 petang.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Ular itu berkata apabila sampai di tempat kejadian, suasananya agak kelam-kabut dan terdapat pengunjung pantai yang telah sempat menyelamatkan seorang mangsa.

“Seorang remaja perempuan Fitrah Dhia Zulaikha telah diselamatkan orang awam dan dibawa naik ke bot berhampiran manakala kawan saya telah memberi bantuan penafasan kepada adiknya (Fitrah Dhia Zahraa') sebelum saya terus membuat penggilan ke talian 999 untuk bantuan, namun mangsa tidak dapat diselamatkan,” katanya.- Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu