web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Segerakan Pindaan Perlembagaan MA63 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 8:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pindaan Perlembagaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) wajar diteruskan demi keadilan buat rakyat Sabah dan Sarawak.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), berkata, pihaknya kecewa dan kesal dengan tindakan kerajaan menangguhkan pindaan tersebut.

“Kami difahamkan berdasarkan laporan media, Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan akan dibentang di Parlimen pada 26 Oktober, namun ia tidak akan dibahas dan diluluskan pada 28 Oktober seperti dimaklumkan sebelum ini.

“Penangguhan ini berlaku walaupun proses perbincangan dan rundingan sudah diadakan selaras dengan Perkara 5 Memorandum Persefahaman di antara kerajaan dan PH,” kata majlis itu di sini hari ini.

Majlis PH dibarisi oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Jelas majlis itu, PH semestinya menyokong penuh usaha terbabit yang menjadi kesinambungan usaha pimpinan blok berkenaan sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti diangkat Anwar pada 2008.

Perkara tersebut katanya, selaras pendirian Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 kerana mengubah status Sabah dan Sarawak dari wilayah menjadi negeri.

“Oleh itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar perlu memberi komitmen untuk segera melaksana pindaan ini demi keadilan buat rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Kelmarin, Wan Junaidi berkata kerajaan akan meneruskan rancangan membentangkan RUU bagi meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan selaras MA63 di Parlimen, esok.

Bacaan kali kedua RUU itu bagaimanapun  dijadualkan semula ke tarikh lain berbanding jadual asal pada 28 Oktober. - Getaran, 25 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia