web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Eksekutif GLC Direman 4 Hari, Siasatan Salah Guna Kedudukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Oct 2021 1:58PM

3 individu termasuk seorang eksekutif GLC dan 2 pemilik syarikat swasta dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, untuk permohonan reman bagi membantu siasatan menyalahgunakan kedudukan dalam urusan projek di syarikat GLC tersebut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini mengeluarkan perintah reman empat hari terhadap tiga individu termasuk seorang eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi membantu siasatan berkenaan kes menyalahgunakan kedudukan dalam urusan projek di syarikat GLC itu.

Perintah reman ketiga-tiga individu termasuk seorang wanita berusia antara 40 dan 57 tahun sehingga 29 Oktober itu dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain lelaki yang bertugas sebagai eksekutif GLC, dua lagi yang direman adalah pemilik syarikat swasta disyaki terlibat dalam projek berkenaan.

Menurut sumber, eksekutif syarikat GLC terbabit telah menggunakan kedudukannya sebagai ketua projek untuk mengesyorkan dan melantik proksinya sebagai pengurus projek di syarikat swasta itu bagi menguruskan projek berkenaan bagi pihaknya. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia