web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Maut, Terjatuh Dari Tingkat 7 Pangsapuri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Oct 2021 8:20PM

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, maut selepas terjatuh dari tingkat 7, pangsapuri di Presint 5, Putrajaya semalam. - Gambar dari Facebook Buletin 3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri di Presint 5, semalam.

Bapanya Md Rizal Ramdzan, 42, berkata beliau lima sekeluarga termasuk anak keduanya itu Keisya Nawrah, 11, pada mulanya amat teruja semalam dengan rancangan percutian ke Janda Baik di Pahang minggu ini, namun pada sebelah petang ia bertukar menjadi tragedi.

Ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Putrajaya hari ini, penjawat awam itu berkata anaknya tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebelum kejadian.

Keisya Nawrah dilaporkan terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri pada sekitar pukul 6.15 petang, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada kira-kira 7 malam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abdul Aziz berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu post mortem, dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia