web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7,000 Anggota Polis Sarawak Siap-Sedia Hadapi Pilihan Raya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 9:04PM

Mazlan Lazim ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 38 asnaf, pesara polis dan anak yatim di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak hari ini. - Gambar Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Lebih 7,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya masih menunggu maklumat penuh berhubung PRN Sarawak.

Menurut beliau, pihak polis bagaimanapun sentiasa bersedia membantu proses PRN yang akan diadakan bila-bila masa.

“Dari segi sumber manusia dan juga aset yang ada memang mencukupi. Jika diperlukan, kita akan tambah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri penyampaian Sumbangan Bakul Makanan kepada Asnaf dan Pesara Polis di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

Beliau berkata, PRN Sarawak kali ini berbeza daripada yang lepas kerana masih dalam pandemik COVID-19.

“Kita akan melaksanakan dan mematuhi atau menguatkuasakan aspek berkaitan prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan COVID-19," ujarnya.

Mazlin turut menasihatkan pengundi mematuhi SOP bagi memudahkan PRN dijalankan.

"Kita kini hanya menunggu arahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tentang SOP pilihan raya," katanya. - Getaran, 26 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia