web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganjur Sidang Media MUDA Dikompaun RM4,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 8:25PM

Keadaan pada sidang media oleh Pengerusi MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, petang tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Polis mengeluarkan kompaun berjumlah RM4,000 kepada penganjur sidang media Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Afzanizar Ahmad berkata, kompaun itu dikeluarkan pihaknya kerana menganjurkan sidang media berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang menyebabkan orang ramai berhimpun di  suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

Beliau berkata, polis terlebih dahulu menasihatkan penganjur program yang berusia 20 tahun itu untuk menghentikan program namun tidak mendapat kerjasama.

“Pegawai polis menasihatkan agar dia menghentikan program, kerana prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 melarang sebarang program berkaitan PRN Melaka mulai 24 Oktober sehingga 27 November 2021 dan aktiviti yang boleh menyebabkan orang ramai hadir di suatu tempat.

“Tetapi dia tidak memberikan kerjasama dan Pengerusi MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang tiba pada jam 1.10 petang tetap meneruskan sidang media tersebut,” katanya.

Menurut beliau, acara tersebut menghimpunkan sehingga 40 tetamu.

“Polis memanggil penganjur sidang media itu untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, sebelum kompaun dikeluarkan.

“Penganjur kemudian dimaklumkan melakukan kesalahan di bawah peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya.

Terdahulu, Syed Saddiq pada sidang media itu mengumumkan parti berkenaan akan bertanding dalam PRN Melaka pada 20 November depan.

Menurut beliau, rundingan untuk menempatkan calon parti itu kini sedang dalam proses rundingan bersama Pakatan Harapan (PH). - Getaran, 27 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia