web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Sasterawan Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 7:38AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Ahmad Kamal, yang lebih dikenali dengan nama pena Kemala, dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik di Facebook semalam.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara dan menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada negara khasnya dalam dunia sastera tanah air.

Allahyarham bergiat aktif demi bahasa dan persuratan Melayu serta banyak memberi sumbangan dalam perkembangan sastera tanah air dan nusantara.

Ahmad Kamal juga pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka dari 1968 sebagai penolong penyunting sebelum menjadi editor majalah sastera dan bersara pada 1996 sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan.

Allahyarham, yang juga penyair, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-11 yang membawa gelaran Sasterawan Negara pada 2011 serta pernah merangkul Anugerah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia