web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SMK DUMA Wakil Malaysia Dalam 'International F1 In School World' Di London

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 6:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELEBU: Kreativiti dan inovasi yang dihasilkan enam pelajar sebuah sekolah di sini dalam mereka cipta model kereta formula satu (F1), berjaya melayakkan mereka mewakili Malaysia ke International F1 in School World Final 2020/21 di London, United Kingdom Jun ini.

Kesemua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Undang Musa Al-Haj (DUMA) Kuala Klawang itu terpilih selepas memenangi tempat keempat daripada 40 pasukan dalam pertandingan F1 In Schools National Final 2020 peringkat kebangsaan bertempat di Melaka pada November tahun lepas.

Pasukan Fabulous9 yang dianggotai Nur Naqiyah Jalil, 18 tahun selaku ketua pasukan, Mirza Rusyaidi Rahamat (18), K.Vishwanath (18), Ju Esen (17), Kon Shihuei Illut (16), dan Anis Aliah Basri (16) turut memenangi anugerah kereta terpantas menerusi pertandingan sama.

Guru penasihat, Mohd Faizal Mohd Derus berkata ia merupakan kali pertama pasukannya berjaya melayakkan diri ke peringkat antarabangsa.

"Kita telah menyertai F1 In Schools National Final 2020 sejak tahun 2007 dan berjaya muncul juara pertandingan pada peringkat negeri pada tahun 2012, sejak daripada itu juga, kita mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan.

"Meskipun pelajar ini dari sekolah luar bandar tetapi kita kagum dengan semangat mereka untuk melakar kejayaan sekaligus menaikkan nama sekolah sehingga berjaya mewakili negara ke persada dunia," katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Mohd Faizal berkata pelbagai cabaran dilalui bagi menyiapkan tugasan ini termasuk mereka perlu menghasilkan model kereta F1 di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurutnya Fabulous9 turut dibantu beberapa pensyarah termasuk dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong, Rembau mengenai pengecatan kereta dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi MARA Shah Alam berkaitan hal kejuruteraan.

Sementara itu, Mohd Faizal berkata pertandingan pada kali ini menampilkan kelainan apabila ia bakal diadakan secara maya manakala model kereta serta kelengkapan lain dihantar ke United Kingdom berikutan pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

"Antara kriteria yang dinilai oleh penganjur termasuk dari segi teknologi kejuruteraan, jenama, publisiti dan pengurusan pasukan," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pendidikan Parlimen Malaysia mengucapkan tahniah kepada SMK DUMA termasuk guru dan pelajar yang berjaya mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.

"Saya berharap Fabulous9 SMK DUMA dapat memecah rekod dunia dan membawa pulang kejayaan lebih hebat dari kota London nanti. Menerusi acuan yang betul, sikap istiqamah dan disiplin tinggi, mereka mampu membawa pingat kejuaraan dunia ke Jelebu.

"Diharapkan berita seperti ini dapat memberi suntikan motivasi kepada setiap pelajar dan guru-guru sekolah lain terutama di Jelebu dan seluruh negara ini untuk terus berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa," katanya menerusi catatan di Facebooknya.- Bernama

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 11 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos