web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berhibur Di Balai Polis: Ketua Balai, 3 Anggota Terlepas Tuduhan Jenayah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2021 4:51PM

Azri Ahmad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua balai polis dan tiga anggota yang ditahan sebelum ini kerana berhibur di sebuah balai polis di Kajang, Selangor pada Julai lepas terlepas daripada tuduhan jenayah setelah ujian air kencing kali kedua mereka didapati negatif terhadap dadah.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata bagaimanapun, kesemua mereka masih berdepan dengan siasatan tatatertib yang sedang berjalan.

Beliau berkata tuduhan jenayah melibatkan dadah ke atas mereka tidak dikenakan dan pihak timbalan pendakwa raya mengambil keputusan untuk tidak mendakwa mereka.

"Siasatan tatatertib dijalankan mengikut Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, selain itu mereka juga telah dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN)," katanya kepada Bernama hari ini.

Azri berkata kesemua anggota polis berkenaan perlu menjawab semua pertuduhan di hadapan lembaga disiplin dan antara tindakan yang boleh dikenakan adalah digantung kerja dan dibuang kerja.

Pada 20 Julai, selain ketua balai, turut ditahan dua anggota polis berpangkat Koperal dan seorang Koperal Sokongan bersama empat wanita, ketika mereka sedang berhibur di dalam bilik khas di balai polis berkenaan. 

Semasa serbuan, polis turut merampas antaranya beberapa botol air disyaki air ketum, botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, mikrofon dan televisyen. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia