web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


1,397 Petugas Barisan Hadapan Semporna Terima Vaksin Akhir Mac

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 8:29AM

Presiden MPT Arnold Joibe.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA : Seramai 1,397 petugas barisan hadapan, di sini, dijangka menerima suntikan vaksin fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 2021, bermula hujung Mac depan.

Pegawai Kesihatan Daerah Semporna Dr Shameer Khas Sulaiman berkata, pihaknya sudah menerima Vaksin Pfizer-BioNTech, kelmarin, yang dihantar dari Kota Kinabalu ke Semporna menggunakan jalan darat.

"Semua vaksin berkenaan dibawa masuk ke Semporna menerusi Keningau dan Tawau dan diiringi polis.

"Ia disimpan di Klinik Kesihatan Semporna sebelum proses pemberian vaksin dilakukan," katanya kepada Getaran.

Tambah Shameer, pihaknya merancang untuk menempatkan vaksin di Klinik Kesihatan Pulau Bum Bum pada fasa kedua program imunisasi itu yang akan memfokus kepada penduduk pulau dan kawasan sekitar.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa tempatan turut mengenal pasti sembilan lokasi dikenal untuk program vaksinasi COVID-19 di Tawau dan Kalabakan.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Arnold Joibe berkata, pihaknya sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan program berkenaan, Mac ini.

Norazizah Arsyad
Norazizah Arsyad

Sementara itu, tinjauan Getaran mendapati sebahagian besar penduduk Tawau menyambut baik program vaksinasi yang dilaksanakan kerajaan.

Penjaja sayur, Norazizah Arsyad, 40, berharap menjadi antara penerima terawal vaksin selepas mengambil kira risiko yang dihadapi, kerana perlu berdepan pelanggan saban hari ketika berniaga.

"Penjaja seperti kami hanya bergantung harap kepada jualan harian sebagai punca pendapatan utama.

"Justeru, menerusi suntikan vaksin tersebut, ia dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan," katanya.

Pendapat itu turut dipersetujui peniaga Pasar Sri Tanjung, Naterhasan Ibnu, 25.

Naterhasan Ibnu.
Naterhasan Ibnu.

"Jika kami dapat menjaga kesihatan diri dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19, sekurang-kurangnya kami dapat melakukan perkara sama kepada pelanggan sekali gus dapat membantu memutuskan rantaian penyakit tersebut," katanya.  Getaran, 1 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 6 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 6 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 5 jam yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Semasa 12 jam yang lalu

Laporan Ketua Audit: KESUMA Buat Laporan SPRM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar