web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bajet 2022: Peruntukan Tingkat Keberkesanan JSJ - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 10:11PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruntukan sebanyak RM13 juta bagi memperkasakan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) akan mempertingkatkan keberkesanan siasatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Menurut beliau, peruntukan di bawah strategi membangun sebuah keluarga Malaysia itu akan memperkasakan Bahagian D11 JSJ di setiap kontinjen, sekali gus meninggikan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

“Peruntukan yang diumum juga akan memastikan PDRM (Polis Diraja Malaysia) khususnya Bahagian D11 dapat menyampaikan perkhidmatan terbaik dalam aspek siasatan jenayah seksual, melibatkan mangsa yang terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Bajet 2022 yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz di Dewan Rakyat, petang tadi.

Selain itu Acryl Sani berkata, penambahan lapan pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) antaranya di Pagalungan, Sabah dan Temong Mura, Sarawak akan meningkatkan tahap kawalan keselamatan sempadan yang berterusan oleh anggota penguatkuasaan.

“Infrastruktur berkenaan akan memantapkan keupayaan PDRM dalam memastikan keselamatan di kedua-dua negeri tersebut.

“Pos yang bakal dibina akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan kapasiti PDRM, untuk memastikan kawalan keselamatan sempadan negara sentiasa di tahap terbaik,” katanya.

Acryl Sani turut menzahirkan ucapan terima kasih warga PDRM kepada kerajaan atas pengumuman peruntukan membabitkan kerja penggantian dan pembaikan lif serta kuarters PDRM.

“Perkara tersebut merupakan bukti komitmen kerajaan yang sentiasa menjaga kebajikan ahli keluarga PDRM dalam menyediakan kuarters lebih selesa dan selamat untuk didiami,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka