web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bajet 2022: Peruntukan Kedah Kurang Berbanding Permohonan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 10:14PM

Muhammad Sanusi Md. Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jumlah peruntukan khas yang diberi kepada Kedah dalam Bajet 2022 disifatkan jauh lebih kurang berbanding nilai yang dimohon oleh kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan sebelum ini. 

Begitu pun menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor, beliau yakin kerajaan Persekutuan akan terus membuka pintu rundingan berkaitan keperluan negeri ini untuk mendapatkan peruntukan lebih tinggi. 

Menurutnya, keadaan itu bukan semata-mata kerana Kedah merupakan sebuah negeri miskin, sebaliknya turut berkait dengan pengorbanan dilakukan negeri ini demi kepentingan negara. 

"Sebagai penyumbang utama keperluan beras negara pada kadar 43 peratus, kami terpaksa mengekalkan tanah sawah yang jika ditukar kepada status komersial dan industri, akan memberi pulangan berlipat kali ganda kepada kerajaan negeri. 

"Kedah juga terpaksa mengekalkan kawasan hutan simpan seluas 341,000 hektar yang sebahagian besarnya berada di Ulu Muda, kerana ia menjadi lokasi tadahan sumber air tidak hanya untuk kegunaan rakyat negeri ini tetapi untuk kegunaan Pulau Pinang," katanya di sini, hari ini. 

Bersandarkan pengorbanan itu, beliau berharap kerajaan negeri akan dapat terus berunding dengan kerajaan Persekutuan dari masa ke masa walaupun peruntukan khas itu tidak dinyatakan dalam belanjawan kali ini. 

Di sebalik semua itu, Muhammad Sanusi bagaimanapun tetap berterima kasih terhadap keprihatinan kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan khas berjumlah RM20 juta, khusus untuk negeri kurang maju termasuk Kedah, 

Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan kepada projek mencegah hakisan di Pantai Merdeka, selain projek eksplorasi pelancongan sejarah di Kompleks Arkeologi, Sungai Batu. 

"Perhatian diberikan kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) terhadap aset warisan sejarah yang begitu bernilai di Sungai Batu, diyakini akan menjadi tarikan baharu peminat dan komuniti penylidik dari seluruh dunia. 

"Selain itu peruntukan yang tidak secara langsung disalurkan terutamanya untuk projek menaik taraf infrastruktur di kawasan luar bandar seperti jalan kampung dan kemudahan telekomunikasi di bawah program Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) turut memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini," katanya. 

Tambah Sanusi, bantuan pemulihan ekonomi disalurkan kepada komuniti usahawan kecil, pekebun kecil, penoreh getah dan lain-lain kumpulan berpendapatan rendah diharap akan dapat membantu mereka keluar daripada belenggu kemelesetan pasca pandemik. 

"Peruntukan 'one off' kepada guru takmir dan pegawai masjid juga amat dihargai," katanya. - Getaran, 29 Oktober 2021

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang

Politik 1 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar