web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tingkat Elaun PVR Satu Motivasi, Pupuk Semangat Rakyat - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Oct 2021 9:35AM

PVR berganding bahu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bersama mengekalkan keamanan dan keselamatan negara. Gambar fail menunjukkan anggota polis menjalankan rondaan di ibu kota. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan elaun penugasan Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) merupakan komitmen kerajaan untuk memberi motivasi dan semangat supaya lebih ramai masyarakat menyertai PVR dalam memerangi jenayah.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya menyambut baik pengumuman peningkatan elaun PVR yang diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz di Dewan Rakyat, semalam.

“Peningkatan elaun itu bakal memanfaatkan hampir 10,000 pegawai dan anggota PVR,” katanya.

Tengku Zafrul mengumumkan peningkatan elaun penugasan PVR daripada RM7.80 kepada RM9.80 satu jam untuk pegawai manakala daripada RM6 kepada RM8 satu jam untuk anggota.

Sementara itu, Acryl Sani turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan dengan pengumuman bantuan khas kewangan sebanyak RM700 untuk kakitangan awam Gred56 ke bawah san RM350 bagi pesarq kerajaan.

“Selain itu, kami turut menghargai pengumuman kenaikan Gantian Cuti Rehat (GCR) daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari serta segala bantuan yang diumumkan untuk penjawat awam.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa menghargai khidmat bakti penjawat awam kepada negara dan merupakan penghargaan kepada pengorbanan petugas barisan hadapan,” katanya. - Getaran, 30 Oktober 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka