web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Undi 18 Dilaksanakan Mulai Januari 2022

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 5:08PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Undi 18 akan dilaksanakan bermula 1 Januari tahun hadapan sepertimana diputuskan Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak sebelum ini.

Beliau berkata Kabinet telah membuat keputusan untuk tidak merayu keputusan berkenaan walaupun sebelum ini pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa persediaan ke arah pelaksanaannya hanya boleh dibuat menjelang September tahun hadapan.

"Bila mahkamah buat keputusan, kerajaan boleh merayu keputusan ini, tetapi bagi menghargai dan menghormati anak-anak muda, Kabinet telah putuskan kita tidak akan merayu keputusan dibuat Mahkamah Sarawak.

"Tidak merayu bermakna keputusan kekal, bermakna tarikh akhir 31 Disember (untuk laksanakan Undi 18), dan 1 Januari bermulalah pendaftaran automatik untuk pengundi 18 tahun," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. 

Sebagai rekod, pada 6 September lepas, Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Alexander Siew How Wai dilapor membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Beliau turut membenarkan permohonan kelima-lima anak muda untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan responden (Perdana Menteri ketika itu, kerajaan dan SPR) yang menangguhkan pelaksanaan Seksyen 3 berkenaan selepas September 2022.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata pendaftaran pemilih secara automatik bakal tingkatkan bilangan pengundi muda berumur 30 tahun ke bawah yang sehingga 31 Disember ini dianggarkan seramai 3.9 juta, dengan 1.3 juta daripadanya berumur 18 hingga 20 tahun.

Katanya pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan Perkara 119 berkenaan dan juga Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 yang menurunkan julat usia belia daripada 15 hinga 40 tahun kepada 15 hingga 30 tahun bakal menjadi penanda aras baharu dalam kepimpinan negara dan transisi kepimpinan warga belia.

“Sebenarnya bukan itu sahaja, bagi tunjuk keyakinan kerajaan kepada kemampuan anak muda dalam menentukan kepimpinan negara pada masa akan datang, maka bukan sahaja Undi 18 kita pinda, tetapi dalam pindaan ini umur calon pilihan raya juga akan bermula dari 18 tahun dan ke atas.

“Untuk itu para pemimpin belia perlu sediakan pemimpin pelapis berkaliber supaya dapat diketengahkan dalam pilihan raya umum akan datang nanti,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka