web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seludup 450kg Dadah Ke Australia: Polis Siasat Penglibatan Individu Lain

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 4:22PM

Dadah yang dirampas daripada seorang rakyat Malaysia oleh polis Australia pada 16 Oktober lepas. - Gambar dari abc.net.au

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat penglibatan individu lain di negara ini, dalam kes penahanan seorang rakyat Malaysia yang disyaki cuba menyeludup sebanyak 450 kilogram heroin bernilai RM431.8 juta ke negara Australia, baru-baru ini.

Bagaimanapun Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat ketika ini, memandangkan ia masih dalam peringkat siasatan.

Pihak berkuasa Australia merampas 450 kg dadah yang ditemui dalam kontena. - Gambar dari abc.net.au
Pihak berkuasa Australia merampas 450 kg dadah yang ditemui dalam kontena. - Gambar dari abc.net.au

Beliau berkata siasatan kes berkenaan juga dijangkakan mengambil masa kira-kira satu atau dua bulan.

“Sindiket seperti ini menggunakan modus operandi yang terlalu kompleks, jadi siasatan mahu pun operasi perlu dibuat dengan sebaiknya.

“Kita masih menyiasat...memang ada penglibatan (individu lain) di sini, tetapi kita tidak boleh dedahkan awal,” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya terdapat penglibatan individu lain dalam kes penyeludupan dadah ke negara itu melibatkan seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 38 tahun.

Razarudin pada masa sama berkata pihaknya juga sentiasa bekerjasama dan berkongsi maklumat dengan pihak Polis Persekutuan Australia dalam menyiasat kes itu.

Pada 16 Oktober lepas, media asing melaporkan pihak berkuasa Australia menahan seorang lelaki warga Malaysia serta merampas dadah yang dibawanya dalam kontena, yang didakwa berisi jubin daripada Malaysia dan menghala ke Melbourne. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka