web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Indonesia Maut Dilanggar Jentera Pemunggah Batu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 7:43PM

Seorang pekerja am warganegara Indonesia maut dipercayai dilanggar jentera pemunggah batu di kuari Pulau Salak, Kuching, petang semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang pekerja am warganegara Indonesia maut dilanggar jentera pemunggah batu di kuari Pulau Salak, di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kejadian jam 3 petang itu meragut nyawa Nahor Anton Tusi, 27, dari Nusa Tenggara Timur.

Menurut beliau, pemuda berkenaan maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

“Siasatan awal mendapati, jentera berkenaan dipandu memasuki tempat pekerja berteduh pada jam 2 petang, Sabtu lalu.

“Pemandu berusia 40 tahun yang juga warganegara Indonesia itu memberitahu, tidak melihat sesiapa berehat atau berjalan di kawasan berkenaan ketika memandu masuk jentera terbabit,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Alexson berkata, pemandu tersebut pada jam 5 petan hari yang sama, telah memandu jenteranya keluar dari kawasan berteduh itu untuk mengambil muatan lain bagi disimpan di stor kuari.

“Setelah selesai tugas, dia memandu jenteranya untuk diletakkan di bengkel kuari.

“Pada keesokan hari, pemandu itu dimaklumkan penyelianya berhubung nahas membabitkan pekerja di kawasan tempat berteduh,” ujarnya.

Alexson memberitahu, pihak majikan mengesyaki bahawa kemalangan tersebut berpunca daripada pemandu terbabit.

“Setakat ini pemandu jentera tidak mengaku bahawa kecuaian kemalangan adalah berpunca daripadanya.

“Punca kemalangan masih dalam siasatan dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan buat masa ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Formasi Dron, Pancaran Laser Warnai Perasmian Gilang-Gemilang SUKMA 2024

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka