web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganjur Program Libatkan Kehadiran Muhyiddin, Najib Dikompaun - KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 12:03PM

Muhyiddin Yassin dan Najib Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua penganjur aktiviti berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang melibatkan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan kompaun RM24,000.

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, Perikatan Nasional (PN) Melaka dikenakan kompaun RM20,000 sebagai penganjur perhimpunan yang melibatkan kehadiran Muhyiddin selaku pengerusinya.

“Manakala satu lagi tawaran kompaun bernilai RM4,000 telah dikeluarkan kepada individu yang bertindak sebagai penganjur program yang dihadiri Najib.

“Kedua-dua kompaun ini dikeluarkan berikutan kegagalan pihak penganjur memastikan pematuhan penjarakan fizikal oleh orang ramai yang hadir ke program tersebut,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, tawaran kompaun tersebut berdasarkan pemantauan dan siasatan dijalankan oleh pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

“Hasil siasatan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka mendapati tiada aktiviti berbentuk perhimpunan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sepanjang tempoh lawatan yang lebih berbentuk walkabout oleh dua individu tersebut.

“Namun tawaran kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 (P.U.(A) 293/2021),” katanya.

Jelas KKM lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individua atau pertubuhan perbadanan yang melanggar SOP ditetapkan.

“Pihak KKM dan JKN Melaka dengan Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) menjelang PRN Melaka sebagai langkah pencegahan daripada berlakunya penularan jangkitan COVID-19.

“KKM menasihati agar semua lapisan masyarakat terus patuh kepada SOP dan menjalankan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dalam memerangi pandemik COVID-19 di Malaysia,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang menggesa KKM mengambil tindakan terhadap Najib dan Muhyiddin kerana didakwa mengingkari SOP peraturan kesihatan pilihan raya negeri dengan menghadiri 'acara perhimpunan' di Melaka baru-baru ini.

Veteran pembangkang itu memberi amaran, jika KKM tidak mengendahkan dan menutup mata terhadap kedua-dua bekas perdana menteri itu, akan berlaku kes layanan dua darjat yang mana terdapat satu peraturan untuk parti pemerintah dan satu lagi untuk pembangkang.

Lim turut menyifatkan Najib dan Muhyiddin telah menghadiri aktiviti 'secara terselindung' untuk menutup aktiviti kempen pilihan raya mereka.

PRN Melaka akan berlangsung pada 20 November manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 8 November dan tarikh mengundi awal pada 16 November. - Getaran, 2 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka