web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MATTA Fair, Kembali Selepas 2 Tahun, Bakal Berlangsung 20 November Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 9:17PM

Kali terakhir MATTA Fair diadakan ialah pada September 2019. - Gambar fail dari Facebook MATTA Fair

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair), yang merupakan pameran pelancongan terbesar di Malaysia, kembali menemui orang ramai pada 20 dan 21 November ini selepas dua tahun tidak dianjurkan berikutan pandemik COVID-19.

Edisi terakhir MATTA Fair diadakan pada September 2019.

Setiausaha Agung Kehormat MATTA, Nigel Wong berkata pihaknya teruja dengan pembukaan sektor pelancongan domestik bagi membantu melonjakkan ekonomi dan pameran itu antara usaha membantu merancakkan semula industri berkenaan.

“Pameran yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur itu, akan disertai oleh pelbagai organisasi pelancongan antarabangsa antaranya dari Korea, Taiwan, Filipina, Jepun, Turki dan Uganda bagi mempromosikan pasaran mereka kepada pelancongan antarabangsa,” katanya dalam sidang akhbar secara dalam talian, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MATTA Phua Tai Neng dalam satu kenyataan berkata MATTA Fair edisi ke- 49 akan diadakan pada skala lebih kecil di Dewan 3 dan 4 WTC.

“Dewan 4 dikenali sebagai Dewan Malaysia, yang menempatkan hampir semua organisasi pelancongan negeri serta produk pengembaraan dan pelancongan domestik manakala kebanyakan pemain pelancongan antarabangsa di Dewan 3,” katanya.

Phua berkata pameran tersebut mendapat sokongan padu daripada organisasi pelancongan negeri seperti  Sabah, Terengganu, Sarawak, Pahang, Selangor, Johor, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.

Menurutnya selepas 21 bulan sekatan pergerakan dan tiada aktiviti perniagaan dalam industri pengembaraan dan pelancongan, MATTA Fair menjadi penunjuk penting kepada orang awam bahawa industri pelancongan sudah kembali dan secara perlahan-lahan akan dirancakkan dengan aktiviti pelancong domestik, selain antarabangsa tidak lama lagi susulan pembukaan semula sempadan, dengan protokol perjalanan yang selamat.

Katanya bagi pameran kali ini, MATTA telah bekerjasama dengan Legoland sebagai Rakan Taman Tema dan syarikat aplikasi pengangkutan e-hailing, GOJO.

“Pameran selama dua hari itu dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam dan masuk adalah percuma,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jualan dan Pasaran Legoland Malaysia Resort, Thila Munusamy berkata Legoland akan menawarkan pengunjung MATTA Fair diskaun eksklusif dan beberapa pakej percutian mesra keluarga terbaik.

“Tahun ini, pengunjung yang membeli lebih daripada tiga Pas Triple Park di pameran tersebut layak menerima Set Kereta Api Legoland eksklusif secara percuma, manakala pelanggan yang membeli lebih daripada lima Pas Triple Park akan menerima tambahan Set Istana Legoland eksklusif,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka