web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jadikan Menghendap Satu Jenayah - Mas Ermieyati

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Nov 2021 11:09AM

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi komitmen dan jaminan supaya kegiatan menghendap atau stalking dijadikan sebagai satu bentuk jenayah di negara ini.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin, kertas dasar dan cadangan pindaan undang-undang itu dijangka dibentangkan di peringkat Jemaah Menteri bulan depan.

Beliau berkata pindaan itu kemudiannya akan dibentangkan di Parlimen selepas mendapat persetujuan Kabinet.

“Usaha untuk menjadikan kegiatan menghendap sebagai satu jenayah bermula sejak 2019 yang menyaksikan penubuhan satu Jawatankuasa Anti Stalking.

“Sejak awal tahun lalu, draf pindaan undang-undang atau pindaan kepada Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah telah disediakan oleh jawatan kuasa ini yang diterajui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah menyatakan demikian selepas mengadakan mesyuarat bagi membincangkan status kemaskini mengenai usaha menjenayahkan menghendap ataupun 'stalking' di Parlimen, semalam.

Mesyuarat itu diurus setia oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan dihadiri agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Malaysia, wakil-wakil NGO termasuk Women’s Aid Organisation (WAO) serta barisan ahli akademik.

Dalam mesyuarat itu, tiga mangsa kegiatan menghendap telah berkongsi pengalaman mereka yang masih tidak diberikan perlindungan disebabkan jurang dalam undang-undang sedia ada.

Jelas Mas Ermieyati lagi, WAO juga telah menyerahkan memorandum yang telah ditandatangani 52 kumpulan dan petisyen dengan sokongan lebih 8,500 individu. 

"Kerajaan perlu segera menjenayahkan kegiatan menghendap. Ia memberi pelbagai implikasi negatif pada mangsa," katanya. - Getaran, 3 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka