web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Misteri Kehilangan Wanita Terungkai, Rangka Dijumpai Dalam Semak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 8:48PM

Beberapa anggota polis memeriksa kawasan di mana rangka manusia bersama sebuah motosikal ditemui dalam semak tepi jalan, Jalan Ulu Oya, berhampiran simpang Taman Bougenvilla, Sibu pagi semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Misteri kehilangan seorang wanita akhirnya terjawab apabila petugas Lembaga Air Sibu yang sedang membuat kerja-kerja membaiki paip menjumpai rangka manusia dalam semak di tepi Jalan Ulu Oya, berhampiran simpang Taman Bougenvilla, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan itu pada jam 10.15 pagi tadi.

Menurut beliau, rangka itu dijumpai bersama sebuah motosikal.

"Pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai sebuah motosikal Modenas Kriss, rangka seorang wanita yang berselerakan di sekitar tempat kejadian, beg sandang, dompet dan barangan kemas.

"Semakan ke atas butiran mangsa mendapati satu laporan orang hilang pernah dibuat oleh suaminya, seorang anggota tentera di Kem Rascom jam 8.32 pagi pada 27 April lalu," katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Stanley berkata, mangsa dikenali sebagai Nooranim Tahir, 47 dan bekerja sebagai pencuci di Hospital Sibu.

"Alamat terakhir mangsa ialah Kampung Jariah Abang Ramli, Jalan Oya," katanya. 

Beliau berkata, suami wanita itu pernah membuat panggilan ke telefon mangsa namun tidak berjawab.

"Malam sebelum kehilangan, Nooranim ada menghubungi suaminya dan memberitahu mahu melawat lelaki berkenaan di kem, namun dilarang anggota tentera itu kerana isterinya ketika itu berada dalam keadaan mabuk. 

"Mereka berdua sudah tidak tinggal serumah lagi kerana sedang dalam proses bercerai," katanya.

Getaran difahamkan, lokasi motosikal dan rangka mangsa dijumpai di bahu jalan yang agak rendah dan terlindung oleh semak.

"Rangka mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut manakala pemeriksaan di tempat kejadian tiada unsur jenayah ditemui," katanya.

Mangsa dipercayai mengalami kemalangan akibat mabuk, sebelum terbabas dan jatuh di bahu jalan.

"Kejadian tersebut tidak disedari oleh kenderaan lalu lalang di kawasan tersebut kerana kawasan yang bersemak tebal," katanya. - Getaran, 3 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka