web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pahang Sedia RM7.5 Juta Untuk Musim Tengkujuh 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 9:24PM

Wan Rosdy (dua dari kiri) melancarkan misi penghantaran bekalan keperluan bencana Monsun Timur Laut di perkarangan Majlis Daerah Jerantut, hari ini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Sejumlah RM7.5 juta disediakan kerajaan Pahang sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh tahun ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan itu membabitkan RM2.5 juta untuk kira-kira 200 tan bekalan barangan keperluan termasuk makanan. 

Beliau berkata, semua bekalan makanan berkenaan sedang dalam proses untuk dihantar ke 140 pangkalan hadapan secara berperingkat di seluruh Pahang. 

"Walaupun kedatangan Monsun Timur Laut dijangka bermula pertengahan bulan ini, namun kita tidak akan menunggu banjir berlaku baru nak hantar bantuan, jadi hari ini kita sudah mula hantar bekalan dan ada kawasan seperti (Pulau) Tioman sudah mula menerima bekalan minggu lalu. 

"Untuk bantuan bekalan makanan ini sahaja kerajaan negeri menyediakan (peruntukan) RM2.5 juta daripada keseluruhan RM7.5 juta disediakan untuk tujuan (persediaan) menghadapi banjir," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melancarkan misi penghantaran bekalan keperluan bencana Monsun Timur Laut di perkarangan Majlis Daerah Jerantut, dekat Jerantut, hari ini. 

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. 

Sementara itu, mengulas mengenai proses penghantaran bantuan ke lima pangkalan hadapan di Pulau Tioman, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang sudah membuat penghantaran pada 30 Oktober lalu. 

Jelasnya, semua barangan makanan itu sudah menjalani proses sanitasi dan disimpan dengan berhati-hati oleh petugas bagi mengelak daripada berlaku kerosakan. 

"Secara keseluruhannya, proses penghantaran bekalan makanan ke Pulau Tioman berjalan lancar dan tidak ada masalah sepanjang proses (penghantaran) dilakukan. 

"Kalau kita tengok kepada pecahan pangkalan hadapan disediakan di seluruh Pahang pula, kita ada 18 pangkalan hadapan di Kuantan; 34 di Temerloh; dua di Bentong; Maran (11); Rompin (12); Pekan ada 14 pangkalan hadapan dan Bera (11)," katanya.

Tambah Wan Rosdy, daerah Raub memiliki 10 pangkalan hadapan, 16 di Jerantut dan 12 lagi disediakan di Lipis.

"Saya yakin dengan tahap kesiapsiagaan kerajaan negeri serta agensi berkaitan dalam menguruskan situasi banjir, berdasarkan pengalaman berdepan musim tengkujuh di luar jangka pada tahun 2013 dan 2014," katanya. - Getaran, 3 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka