web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Seludup Tayar Tanpa Cukai, Pemandu Lori, Majikan Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2021 3:32PM

Ayob Khan menunjukkan tayar tidak bercukai yang diseludup masuk ke Malaysia dari Singapura. - Gambar dari Facebook Polis Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“JOHOR BAHRU - Tindakan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua (W2) Johor mengekori sebuah lori yang berada dalam keadaan mencurigakan ketika keluar daripada Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, minggu lalu nyata membuahkan hasil.

Ia berikutan, lori terbabit dikesan membawa 727 pelbagai saiz tayar tanpa membayar cukai.

Lori berkenaan diperiksa di Plaza Tol Kempas di sini 28 Oktober lalu, selepas diekori pihak polis sebelum pemandunya yang berusia 56 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

Penahanan pemandu tersebut pada jam 5.35 petang itu membawa kepada penangkapan seorang lelaki lain berusia 28 tahun di sebuah premis di Taman Sri Skudai di sini pada jam 6.05 petang, keesokan harinya

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek lelaki yang ditahan dalam tangkapan kedua adalah majikan kepada suspek pertama.

“Hasil siasatan mendapati suspek kedua yang mengatur segala urusan membawa tayar tidak bercukai ini masuk ke Malaysia dari Singapura dan menuju ke utara sama ada ke negeri ini atau negeri-negeri lain.

“Lori ini tidak mengisytiharkan muatan yang dibawa, tetapi mempunyai akses kad untuk melalui lorong kenderaan tanpa muatan di CIQ,” katanya pada sidang media di Markas Taktikal PPM W2 Johor di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, 727 tayar yang dianggarkan bernilai RM697,759 itu membabitkan 45 peratus cukai eksais tidak dibayar.

Katanya, kesemua tayar dan lori dengan anggaran nilai RM150,000 dirampas untuk tindakan lanjut.

“Suspek pertama direman tujuh hari, manakala suspek kedua direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, dan kita percaya mereka sudah melakukan aktiviti ini lebih daripada enam atau tujuh bulan.

“Hasil semakan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Menurut Ayob Khan, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mencari dalang aktiviti penyeludupan seumpama ini memandangkan pintu keluar masuk negara berada di bawah bidang kuasa JKDM.

“Isunya di sini, bagaimana suspek memiliki kad akses dan membolehkan lori membawa muatan melalui lorong dikhususkan untuk kenderaan tanpa muatan.

“PPM W2 Johor akan terus meningkatkan operasi dan mengetatkan kawalan di perairan negara daripada dibolosi sindiket penyeludupan ini kerana kita percaya modus operasi dan taktik sindiket seumpama ini sering diubah-ubah.

“Orang ramai juga diseru untuk menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya tahu akan aktiviti penyeludupan bagi tindakan susulan diambil,” tegasnya. - Getaran, 4 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka