web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lambakan Kit Ujian Kendiri, Memudahkan Atau Bertunjang Politik?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Nov 2021 7:58AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bermula awal bulan ini, kit ujian kendiri COVID-19 boleh didapati pada harga serendah RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak terpilih.

Langkah perluasan penjualan itu bertujuan membolehkan orang ramai mendapatkan kit tersebut dengan mudah.

Begitu pun penjualannya yang kini dibuka kepada pelbagai jenis outlet menimbulkan kebimbangan di kalangan pakar kesihatan mengenai wujudnya kit ujian tiruan di pasaran.

Menurut Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang, keputusan memperluaskan penjualan kit tersebut bukan langkah tepat untuk memerangi wabak berbahaya itu.

Amrahi Buang
Amrahi Buang

Tegas beliau, kit ujian kendiri seharusnya dijual di farmasi berlesen atau fasiliti penjagaan kesihatan swasta sebagaimana yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini.

“Daripada awal lagi kami kata dasar KKM itu betul tapi kami tak setuju perubahan sekarang. Kit ujian kendiri ini adalah satu peranti perubatan. Dengan menggunakan alat ini kita boleh mengetahui sama ada keputusan ujian positif atau negatif.

“Bila di bawah peranti perubatan, kit itu mesti dikawal oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA). Jadi ia seharusnya dikawal oleh pakar perubatan profesional, barulah betul,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Amrahi berkata, pengguna bukan sahaja boleh mengelak terbeli kit ujian kendiri tiruan tetapi diberitahu cara penggunaan yang betul sekiranya melakukan pembelian di farmasi.

“Bila beli di farmasi, pengguna ada peluang nak bertanya. Jadi ahli farmasi boleh menjual dan pada masa sama mendidik masyarakat mengenai cara penggunaan yang betul.

“Bukan itu sahaja, bila ujian dibuat, ahli farmasi boleh membuat pengesahan mengenainya. Jadi tak timbul isu memanipulasi keputusan ujian,” katanya.

Pada masa sama tegas beliau, matlamat kerajaan untuk mengekang penularan wabak tersebut dapat dicapai melalui kaedah itu.

“Jika seseorang itu beli di outlet lain siapa yang nak sahkan? Jadi sudah tentu boleh berlaku penipuan kerana pengguna boleh guna imej lama untuk tujuan pengesahan.

“Bukan itu sahaja pengguna juga berdepan risiko mendapat keputusan yang tidak tepat. Sekiranya ini berlaku usaha kerajaan yang mahu menghentikan penularan wabak COVID-19 hanyalah sia-sia,” katanya.

“Sebenarnya yang untung besar adalah orang tengah.”

Mengenai harga kit ujian kendiri ketika ini, Amrahi berkata penurunan harga itu bagus untuk rakyat tetapi memberi kesan kepada ahli farmasi.

“Dari segi (penurunan) harga itu satu perkara yang elok. Namun harga itu tidak masuk akal kerana kalau kit import kita tak boleh letak harga tu.

“Jadi apa tujuan kerajaan buat semua ini? Tak lebih dan tak bukan sebab politik sahaja. Disebabkan perkara ini tak mustahil akan berlaku benda pelik-pelik seperti kit ujian tiruan di pasaran,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan bahawa ahli farmasi mengaut keuntungan besar daripada penjualan kit ujian kendiri itu.

“Tiga bulan lalu harga test kit RM39.90, lepas tu turun sampai RM19.90, hampir 50 peratus. Sekarang kita boleh dapat harga RM6.90. Adakah kerajaan tak tahu kos pengeluaran ini daripada Julai lalu?

“Dalam tempoh dua, tiga bulan ini siapa yang buat keuntungan ini? Sebab kami dituduh kononnya buat keuntungan besar. Sebenarnya benda tu tak betul, yang untung besar adalah orang tengah,” katanya.

Amrahi turut meluahkan rasa bimbang akan berlakunya parallel import dan ekonomi hitam jika penjualan kit ujian itu tidak dikawal dengan baik.

“Ahli farmasi ada tiga peringkat iaitu syarikat persendirian, kumpulan kecil dan juga big chain. Jadi bila ada orang tengah, mereka main harga sampai peringkat syarikat persendirian tak boleh beli dalam kuantiti yang banyak.

“Maka akan berlakulah pararell import dan lebih malang lagi kita takut wujudnya black economy. Maknanya ada orang ‘tabur’ duit nak kuasai pasaran. Bila dah dapat dia akan tetapkan harga untuk tambah pasaran,” katanya.

Susulan itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengkaji semula keputusan memperluaskan penjualan kit ujian kendiri tersebut untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.

“Kalau kerajaan betul-betul serius, mereka kenal kawal penjualan kit. Kalau tak, buat apa kita anggap kit itu sebagai peranti perubatan.

“Jadi dalam situasi ini kami nak tunggu apa pendirian kerajaan. Sejujurnya kalau kami diminta menilai prestasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), minta maaf cakap, memang fail,” katanya.

Datuk Dr Zainal Ariffin Omar
Datuk Dr Zainal Ariffin Omar

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar turut senada dengan Amrahi mengenai perkara itu.

Beliau menasihati orang ramai supaya membeli kit tersebut di farmasi dan fasiliti penjagaan kesihatan swasta kerana lebih selamat.

“Kemungkinan kit tiruan tu ada di pasaran. Jadi elakkan beli secara online kerana susah nak kenal pasti ketulenannya.

“Pada saya lebih baik beli di farmasi dan klinik berdaftar kerana lebih meyakinkan. Kalau tak pasti bolehlah check dengan KKM,” katanya. - Getaran, 6 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka