web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Mangsa Nahas Ditemui Dalam Parit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 6:47PM

Mangsa dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEAUFORT - Seorang lelaki berusia 50 tahun ditemui maut di dalam parit, dipercayai terlibat dalam kemalangan di Kampung Saga-Saga Pimping, Membakut, pagi tadi.

Mayat mangsa dikenali sebagai R Kamlayswaran itu ditemui oleh orang awam sekitar jam 6.50 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan (ASP) Dublin Patrick Rudes berkata, sepasukan anggota dikerah ke lokasi penemuan sejurus menerima maklumat dari orang awam.

Katanya, mangsa yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu itu dipercayai dalam perjalanan menuju ke Kuala Penyu sebelum terlibat dalam nahas berkenaan.

Dublin berkata, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam parit  berkenaan.

Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam parit  berkenaan.
Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terhumban ke dalam parit  berkenaan.

Ketika ditemui, keadaan fizikal dan pakaian mangsa sepadan dengan laporan polis mengenai orang hilang pada 5 November lalu.

“Berdasarkan keadaan ketika ditemui, mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi akibat lemas.

“Setakat ini, tiada unsur-unsur jenayah ditemui dan dia juga dipercayai tidak berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian,” katanya.

Bagaimanapun Dublin berkata, siasatan lanjut masih diteruskan.

Mayat mangsa, katanya, telah dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka