web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kepala Air Landa Lata Bayu, 3 Remaja Cedera

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 8:39AM

3 remaja mengalami kecederaan dalam insiden kepala air di Lata Bayu, petang semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Kalangan pengunjung di destinasi perkelahan terkenal, Lata Bayu dekat sini dikejutkan dengan kejadian kepala air yang berlaku petang semalam. 

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Supritenden Shamsudin Mamat, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu turut menyebabkan tiga remaja perempuan mengalami kecederaan. 

Katanya, angin kencang yang mengiringi kejadian kepala air itu telah menyebabkan beberapa pokok turut tumbang. 

"Satu daripada pokok yang tumbang itu menimpa sebuah kereta dan sebuah motosikal pengunjung di situ. Kejadian itu mengakibatkan tiga pengunjung tercedera kerana terkena dahan pokok yang tumbang. 

"Seorang daripada mereka iaitu remaja perempuan berusia 13 tahun patah buku lali kiri. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Baling untuk mendapatkan rawatan," katanya di sini, malam tadi.

Menurut beliau, dua lagi mangsa yang cedera merupakan remaja perempuan berusia 15 dan 16 tahun. 

"Kecederaan mereka bagaimanapun belum dapat dikenal pasti dengan kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan," katanya. 

Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menutup pusat rekreasi Lata Bayu susulan kejadian kepala air, petang semalam.
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menutup pusat rekreasi Lata Bayu susulan kejadian kepala air, petang semalam.

Sementara itu kata Shamsudin lagi, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah memutuskan untuk menutup pusat rekreasi tersebut serta satu lagi pusat peranginan popular, Lata Hijau daripada dikunjungi orang ramai. 

"Buat masa ini, orang ramai dinasihatkan tidak mengunjung pusat rekreasi air terjun di Baling kerana kawasan-kawasan tersebut berisiko tinggi dilanda kepala air. 

"Orang ramai juga dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa," katanya. - Getaran 8 November 2021.

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 22 jam yang lalu

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos