web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Angkara Syabu, Nyawa Ibu Tergadai Di Tangan Anak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 12:46PM

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GURUN - Nyawa seorang wanita warga emas melayang di tangan anak sendiri, apabila lehernya dikelar pemuda itu, di Kampung Batu 5 di sini, awal pagi tadi.

Suspek yang juga seorang penagih dadah dan memiliki sejarah penyakit mental, bertindak menamatkan riwayatnya tidak lama selepas itu, dengan sengaja membiarkan dirinya dilanggar lori.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Adzli Abu Shah berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku antara jam 6.30 hingga 7 pagi tadi, dengan mayat Sarah Jon, 70, ditemukan di ruang tamu rumah keluarga berkenaan dalam keadaan berlumuran darah. 

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan kelar yang dalam sepanjang 12.7 sentimeter di leher mangsa dan kecederaan di tangan, dipercayai akibat cuba mempertahankan diri.

Sarah Jon, 70,
Sarah Jon, 70,

“Sebahagian daripada cuping telinga kiri warga emas itu turut putus. Siasatan awal mendapati tiada tanda yang rumah itu dipecah masuk dan kita percaya pelakunya merupakan anak mangsa sendiri berusia 31 tahun dan merupakan pesakit mental.

“Pasangan anak beranak itu dipercayai tinggal berdua sejak 10 tahun lalu dan temu bual bersama jiran serta ahli keluarga lain mendapati, kedua-dua mereka sering bergaduh terutama dalam hal berkaitan wang,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut katanya, mayat mangsa ditemukan di ruang tamu bersama kesan air kencing, dipercayai akibat menahan kesakitan.

“Pihak kami turut menemukan peralatan menghisap dadah serta baki dadah jenis syabu berhampiran pintu utama rumah mangsa. Disebabkan itu, kita tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika melakukan tindakan kejam itu,” katanya.

Setakat ini difahamkan, senjata yang digunakan mangsa dalam kejadian itu masih belum ditemui manakala semakan lanjut mendapati, suspek memiliki enam rekod jenayah dengan empat daripadanya melibatkan kes dadah.

Sementara itu Adzli memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan yang menimpa suspek kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

“Selepas membunuh ibunya, suspek dipercayai menunggang motosikal sejauh kira-kira satu kilometer dari rumahnya dan berhenti di tepi jalan.

“Apabila melihat sebuah lori tangki bergerak laju, suspek secara tiba-tiba menerpa ke tengah jalan menyebabkan sebahagian mayatnya hancur,” katanya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat dua beranak itu kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk dibedah siasat. - Getaran, 10 November 2021

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 8 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Daim Pindah Kes Ke Mahkamah Lain Didengar 9 Ogos

Semasa 1 hari yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad