web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tunggang Motosikal Lawan Arus, Wanita Indonesia Maut Bertembung 4WD

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 9:28PM

Kesan dari pertembungan tersebut menyebabkan penunggang motosikal terpelanting dan mengalami kecederaan teruk.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Seorang wanita warganegara Indonesia maut selepas motosikal yang ditunggangnya secara melawan arus bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di jejambat Jalan Miri-Pujut berhampiran Tamu Muhibbah di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Menurut beliau, motosikal ditunggang mangsa dari arah pusat bandar menghala ke Luak, bertembung dengan 4WD dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun yang datang dari hala bertentangan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, punca kemalangan disebabkan oleh penunggang motosikal yang dipercayai cuai dan menunggang secara melawan arus.

“Ini menyebabkan 4WD yang datang dari arah hadapan tidak dapat mengelak daripada bertembung dengan mangsa,” katanya.

Alexson berkata, kesan dari pertembungan tersebut menyebabkan penunggang motosikal terpelanting dan mengalami kecederaan teruk.

“Pemandu 4WD pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Miri untuk proses bedah siasat dan pihak polis kini sedang berusaha mengesan identiti serta waris mangsa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Getaran, 10 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka