web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 65,000 Penghantar Makanan Bumiputera Sertai P-Hailing

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2021 11:49AM

Lebih 65,000 individu Bumiputera sertai perkhidmatan p-hailing, terutama ketika pandemik COVID-19 melanda negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dianggarkan lebih 65,660 individu Bumiputera menyertai industri perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) dan kebanyakan daripada jumlah itu adalah ketika pandemik COVID-19 melanda negara, menurut kaji selidik Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Penyertaan 93.8 peratus Bumiputera daripada 70,000 penghantar makanan di Malaysia merangkumi Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Orang Asli dengan majoritinya adalah golongan belia, Islam dan bujang.

Kajian melibatkan 503 responden di Lembah Klang itu juga mendapati 51.7 peratus menyertai sektor itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, 20.5 peratus ketika PKP 2.0 dan 18.5 peratus pada PKP 3.0.

Bagaimanapun, 77 peratus daripada responden hanya menjadikan p-hailing sebagai sumber pendapatan tambahan manakala 23 peratus menjadikannya sumber pendapatan utama dan majoritinya adalah golongan bekerja sendiri, pelajar serta pekerja swasta.

Kajian Peluang Pekerjaan Dalam Perkhidmatan P-Hailing (Makanan) Dalam Kalangan Bumiputera Semasa Pandemik COVID-19 oleh TERAJU itu dijalankan antara 26 April hingga 21 Mei lepas melalui kaedah soal selidik.

Faktor masa dinyatakan sebagai faktor utama mereka memilih menjadi penghantar makanan diikuti faktor pendapatan, kelangsungan hidup, ekonomi dan kelayakan.

Kajian mendapati 72 peratus responden berpendidikan sekolah menengah dan ke bawah, 27 peratus mempunyai ijazah pertama dan hanya satu peratus berkelulusan ijazah pascasiswazah.

Sementara itu, lebih 70 peratus responden pernah mengalami kecederaan atau kemalangan, namun mereka menyatakan bahawa syarikat pengendali platform tidak memberi faedah kemalangan dan kurang daripada separuh mempunyai insurans peribadi.

“Memburukkan lagi keadaan apabila sebanyak 86.4 peratus daripada responden mengatakan bahawa mereka tidak mendapat apa-apa bantuan daripada syarikat pengendali platform (p-hailing) sekiranya mengalami kecederaan atau kemalangan,” menurut kajian itu.

Responden sangat bersetuju caruman berkanun seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta faedah-faedah seperti insurans, kad kesihatan, cuti sakit dan khairat kematian perlu disediakan syarikat pengendali platform.

Selain itu, TERAJU telah mengadakan sesi perbincangan kumpulan berfokus secara dalam talian pada 29 dan 30 Julai lepas melibatkan 43 pihak berkepentingan antaranya Kementerian Pengangkutan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), KWSP dan Perkeso.

Turut terlibat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) serta syarikat pengendali.

Melalui sesi itu, cadangan penambahbaikan dikemukakan merangkumi aspek syarikat p-hailing, undang-undang, sistem aplikasi, vendor dan pelanggan serta keselamatan.

Antara cadangan termasuk mewujudkan sistem penilaian, pensijilan dan pentauliahan kepada platform p-hailing, mewujudkan akta keselamatan jalan raya bagi penunggang p-hailing yang diterajui oleh Kementerian Pengangkutan serta mewujudkan sistem paparan aplikasi yang telus kepada pelanggan untuk melihat secara langsung status pesanan mereka.

Lain-lain cadangan termasuk menambah baik pengiraan jarak dan peruntukan masa, mewujudkan sistem rating bagi keseluruhan pemain industri untuk meningkatkan kecekapan aplikasi, penyediaan garis panduan dan latihan keselamatan untuk penunggang p-hailing serta menyediakan pensijilan halal.

Dengan melaksanakan kesemua cadangan tersebut, diharapkan kebajikan dan keselamatan penghantar makanan adalah lebih terjaga dan terbela, menurut kajian itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka