web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Tahanan Lobos, 2 Dicekup Semula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 12:35PM

2 daripada suspek yang melarikan diri dari DTI Papar pada Rabu lalu berjaya ditangkap semula.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Polis berjaya menahan dua daripada tujuh suspek yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Papar, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP), Batholomew AK Umpit berkata, kedua-dua suspek itu ditahan semalam.

Menurut beliau, penahanan dua lelaki tersebut menjadikan jumlah kesemua suspek yang telah ditahan semula setakat ini ialah sembilan.

Katanya, lima tahanan yang masih bebas dikenali sebagai Nadzwin Usman, 24, Herman Bilau, 35, Husin Japar, 43, Pertama Lapanji, 40, dan Tuliang Maddalani, 35.

"Sehingga hari ini sembilan telah ditahan semula manakala lima lagi masih bebas dan usaha memburu mereka sedang giat dijalankan.

"Dua daripada suspek yang masih bebas iaitu Pertama dan Tuliang telah dikesan melarikan diri dengan berenang ke laut," katanya.

Batholomew turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di talian 088-912222 atau talian hotline 088-916064.

Rabu lalu, 14 individu yang ditahan di DTI Papar dilaporkan melarikan diri sekitar jam 3.30 pagi dengan memanjat bumbung setinggi hampir dua meter sebelum memotong pagar pusat tahanan berkenaan.

Operasi mengesan suspek telah dilancarkan oleh IPD Papar bersama Jabatan Imigresen Malaysia, Pasukan Gerakan Udara, Unit Anjing Pengesan K9 dan Pasukan Polis Marin.

Tujuh daripada 14 suspek berkenaan bagaimanapun berjaya ditahan semula di sekitar kawasan DTI berkenaan. - Getaran, 12 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka