web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dos Penggalak Pfizer Berkesan Tingkat Imuniti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Nov 2021 9:04PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNtech digunakan sebagai dos penggalak di Malaysia buat masa ini menunjukkan keberkesanan yang baik dalam melawan jangkitan COVID-19.

Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal, Institut kesihatan Negara (NIH), Dr Kalaiarasu M. Peariasamy berkata, ini berikutan rumusan saintifik membabitkan pemberian vaksin jenis itu di Thailand dan Chile, yang menunjukkan ia sesuai sebagai dos penggalak.

“Kajian terhadap vaksin Pfizer dibuat apabila dos penggalak diberikan dan pemeriksaan selepas pemberian dos ketiga itu turut meliputi perbandingan antara jenis strain asal Wuhan serta Delta.

"Apa yang kita lihat, untuk golongan muda dan lebih 65 tahun, vaksin Pfizer yang diberi sebagai dos penggalak menunjukkan peningkatan imuniti. Ini (berlaku) pada tahap yang tinggi," katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, kajian di Chile menunjukkan dos penggalak secara homologous iaitu  vaksin Coronavac dari jenis sama menunjukkan peningkatan keberkesanan terhadap jangkitan, antara 56 hingga 80 peratus.

Malah katanya, dos penggalak yang diberikan secara heterologous atau penggunaan vaksin penggalak berlainan, iaitu Comirnaty menunjukkan kadar keberkesanan antara 56 hingga 90 peratus dan 56 hingga 93 peratus bagi vaksin keluaran AstraZeneca.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memberi penjelasan mengenai sebuah video yang tular melibatkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berhubung penggunaan vaksin campuran sebagai dos penggalak yang menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Beliau berkata, video itu dirakam pada Julai lalu ketika masih tiada bukti saintifik yang nyata.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan vaksin Sinovac akan digunakan sebagai dos penggalak pada masa depan sekiranya mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Buat masa sekarang, NPRA masih belum memberikan kelulusan terhadap vaksin jenis Sinovac sebagai dos penggalak.

“Namun dos penggalak jenis AstraZeneca dan Sinovac sudah diterima oleh NPRA dan akan dibincangkan serta dinilai pada 17 November nanti,” katanya.

Terdahulu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, kira-kira 40 peratus individu yang diberikan temu janji tidak hadir mendapatkan suntikan penggalak masing-masing.

Ini mencetuskan kebimbangan berikutan kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kembali meningkat kepada 1.0. - Getaran, 12 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka