web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Sindiket ‘Lebai Lah’ Diminta Tampil Sahkan Pernikahan - JAHEAIK

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 2:00PM

Che Mohd Rahim Jusoh - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menyeru pasangan yang bernikah menggunakan khidmat sindiket ‘Lebai Lah’ dari Kuala Krai supaya tampil menghubungi agensi berkenaan untuk mengesahkan sama ada pendaftaran pernikahan mereka sah mengikut hukum syarak atau sebaliknya berikutan penahanan bekas imam itu pada 28 Oktober lepas.

Pengarahnya Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata susulan penahanan bekas imam itu, anggota penguat kuasa turut merampas beberapa dokumen berkaitan dengan perkahwinan seperti borang dari Thailand.

“Kita dapati sindiket ini telah bergiat agak lama bukan sahaja kepada pasangan di Kelantan tetapi pasangan dari negeri-negeri lain.

“Malah upah yang dikenakan juga dipercayai berbeza-beza terutama daripada pasangan bukan dari negeri ini.

“Oleh itu, kita seru kepada pasangan yang berkahwin dengan sindiket ‘Lebai Lah’ supaya tampil ke hadapan supaya perkahwinan mereka dapat disahkan oleh mahkamah ataupun tidak,” katanya dalam sidang media di Pejabat JAHEAIK, Lundang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, jumlah sebenar pasangan yang berkahwin melalui cara ini sukar untuk diketahui kerana sindiket ini sudah lama bergiat hingga menyukarkan pihaknya untuk mengetahui jumlah sebenar pasangan yang telah berdaftar dengan ‘Lebai Lah’.

“Kesan kepada perkahwinan yang tidak didaftarkan ini termasuklah menimbulkan masalah dari sudut penentuan nasab keturunan, kesukaran dalam permohonan Sijil Kelahiran Anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menyukarkan urusan pendidikan anak-anak dan membuat tuntutan-tuntutan berkaitan penceraian, rujuk, harta pusaka, perwalian dan sebagainya,” katanya.

Che Mohd Rahim berkata sebelum ini pihaknya juga berjaya menumpaskan sindiket nikah dikenali ‘Imam Wahab’ di Rantau Panjang; Imam Che Mud di Machang dan ‘bekas Imam Muda’ di Ketereh.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Che Mohd Rahim berkata menerusi program Pemutihan Pendaftaran Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran: ‘Saat Nikah Hidup Berkat’ peringkat negeri Kelantan diadakan selama tiga bulan bermula hari ini bertujuan menggalakkan pendaftaran perkahwinan secara sukarela bagi mana-mana pasangan yang telah berkahwin tanpa kebenaran termasuk perkahwinan berlawanan dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002.

“Pengurusan Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) Orang Islam Kelantan adalah tertakluk keadaan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002, Kaedah Nikah Cerai (Fi dan Borang-Borang) 2003.

“Mengikut Seksyen 25 enakmen tersebut: Perkahwinan selepas tarikh ditetapkan tiap-tiap orang bermastautin dalam negeri ini dan perkahwinan tiap-tiap orang yang tinggal di luar negeri tapi bermastautin dalam negeri ini hendaklah didaftarkan mengikut enakmen ini.

Katanya, untuk mengikuti Program Pemutihan ini pemohon atau pasangan tersebut boleh hadir bila-bila masa pada waktu pejabat dengan membawa dokumen berkaitan seperti Sijil Nikah, surat pengesahan nikah luar negeri atau negara, salinan kad pengenalan diri dan pasangan serta lain-lain dokumen berkaitan untuk tujuan membuat lapisan tentang perkahwinan mereka.

“Bagi pemohon atau pasangan yang tidak cukup dokumen juga boleh hadir membuat permohonan tersebut.

“Kita yakin program ini dapat menyelesaikan banyak permasalahan rakyat dan memberikan impak positif kepada seluruh rakyat di negeri ini ke arah melahirkan keluarga dan masyarakat sejahtera,” katanya. - Bernama

TAG: sindiket, 'Lebai Lah', JAHEAIK, program pemutihan, pasangan, nikah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka