web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penganjur Lawatan PM, Najib Dikompaun Langgar SOP

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Nov 2021 2:26PM

Kakitangan kesihatan mengeluarkan kompaun kepada penganjur kerana melanggar SOP - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Penganjur lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Selandar, di sini, dikenakan kompaun RM20,000 hari ini.

Kompaun terbabit dikeluarkan selepas lawatan Perdana Menteri itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perkara itu disahkan pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Jasin yang mengeluarkan kompaun berkenaan di Medan Selera Selandar, di sini.

Katanya, kompaun itu dikeluarkan atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Kompaun berjumlah RM20,000 dikeluarkan kepada penganjur iaitu Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.

“Ia dikeluarkan atas kesalahan melanggar SOP, iaitu tiada penjarakan fizikal,” kata pegawai kesihatan itu yang enggan namanya disiarkan.

Sementara itu, usaha kumpulan media mendapatkan kenyataan daripada Ketua PDM berkenaan gagal apabila beliau memilih untuk mengunci mulut.

“Tak apalah, nanti saya kena lagi,” katanya ringkas, sebelum meninggalkan medan selera itu.

Terdahulu, Najib tiba ke medan selera itu sekitar jam 11.20 pagi untuk menjamu selera, disusuli ketibaan Ismail yang juga Naib Presiden UMNO kira-kira jam 12 tengah hari.

Turut hadir, calon BN di DUN Asahan, Fairul Nizam Roslan dan calon BN di DUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem. - Getaran, 14 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Gaya 10 bulan yang lalu

Zara Pamer Imej Sensitif, Umpama Sokong Pembunuhan Di Gaza

3

Jelajah 10 bulan yang lalu

Lotus's Kongsi Kegembiraan Menerusi Kempen Playful And Joyful Moments

4

TARA 1 tahun yang lalu

Janganlah Malas Periksa Payudara, Pengesanan Awal Boleh Selamatkan Nyawa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka