web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dikejar Polis, Penagih Dadah Maut Terjun Sungai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 8:38PM

Mayat seorang lelaki disyaki penagih dadah yang melarikan diri dari pihak berkuasa dengan terjun ke dalam sungai di Taman Arbi, berdekatan Kampung Tabuan Melayu, Kuching, ditemui pagi tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Gara-gara mahu melarikan diri kerana dikejar pihak berkuasa, seorang penagih dadah maut selepas terjun ke dalam sungai di Taman Arbi, berdekatan Kampung Tabuan Melayu di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah ketika mengesahkan kes berkata, kejadian berlaku pada jam 10 pagi.

Menurut beliau, suspek yang dikenali sebagai Syed Mahadar Wan Mohamad, 37, bersama seorang lagi rakannya bertindak melarikan diri semasa pasukan polis menjalankan pemeriksaan.

"Suspek ditahan dalam Ops Tapis yang diadakan bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah," katanya hari ini.

Ahsmon berkata, suspek bagaimanapun bertindak melarikan diri dan terjun ke dalam sungai ketika hendak diperiksa.

"Tindakan itu menyebabkan dia lemas manakala rakannya yang selamat berjaya ditangkap," ujarnya.

Getaran difahamkan, suspek yang berasal dari Sebuyau pergi ke rumah rakannya di kampung berkenaan.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, penduduk kampung yang berada di lokasi kejadian sempat memberi bantuan awal kepada suspek sebelum dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik. 

Ahsmon berkata, kes tersebut masih berada dalam siasatan. - Getaran, 15 November 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka