web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 : Kluster Tempat Kerja, Pendidikan Tunjuk Peningkatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Nov 2021 9:10PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 hari ini mencatatkan sedikit peningkatan sebanyak 5,413 kes, berbanding 5,143 kes semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu sebanyak 98.1 peratus atau 5,311 kes adalah daripada kategori satu dan dua, manakala 102 kes atau 1.9 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Kes sembuh pula mencatatkan 6,013 kes, menjadikan kumulatif kes yang pulih kini berjumlah 2,461,780, dan tujuh kluster baharu dikenal pasti dengan menjadikan kluster aktif kini 252 kes.

“Sebanyak 545 kes sedang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara 264 kes pula memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata sehingga 13 Noveber lepas iaitu Minggu Epidemiologi (ME) ke-45, sebanyak 2,541,147 kes kumulatif COVID-19 telah dilaporkan, dengan 64,047 kes aktif dan 29,631 kes kumulatif kematian.

Beliau berkata kebanyakan indikator utama seperti purata kes aktif, kes kematian, dan kadar kes yang memerlukan rawatan di ICU sedang menunjukkan tren penurunan, namun, kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt telah mencatatkan peningkatan harian semenjak 6 November lepas.

“Situasi ini kekal membimbangkan kerana peningkatan kes baharu dan nilai Rt daripada minggu sebelumnya menggambarkan potensi penularan jangkitan COVID-19 kepada masyarakat, dan seterusnya risiko pendedahan yang lebih tinggi untuk dijangkiti oleh virus tersebut,” katanya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata kluster di tempat kerja yang sebelum ini menunjukkan penurunan semenjak ME ke-37k kini mulai meningkat semula pada ME ke-45 selari dengan pergerakan rentas negeri dan pembukaan sektor ekonomi sepenuhnya oleh kerajaan, pada Pelan Pemulihan Negara Fasa Empat (PPN).

Selain itu, katanya kluster pendidikan turut menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding minggu sebelumnya, berikutan penambahan negeri-negeri yang telah memasuki Fasa Empat PPN yang membolehkan sesi persekolahan dilaksanakan secara bersemuka di kelas.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka