web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Maut Jatuh Kondominium, Ibu Saudara Ditahan Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 11:53AM

Seorang kanak-kanak maut selepas terjatuh dari tingkat 16, sebuah kondominium di Selayang, Gombak, semalam. - Gambar tangkap layar dari video Bernama Radio

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan ibu saudara kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang maut akibat insiden terjatuh di sebuah kondominium 16 tingkat di Selayang, Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner (ACP) Zainal Mohamed Mohamed memaklumkan, suspek yang berumur 36 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan.

“Suspek juga didapati memiliki lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (5b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu dengan cuai menyebabkan kematian kepada kanak-kanak,” katanya.

Menurut Zainal, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini bagi mendapatkan permohonan reman.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohd Nizar Adnan di talian 03-61262222/013-9961892,” ujarnya.

Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian pada jam 10.30 pagi itu berlaku ketika ibu mangsa yang juga seorang ibu tunggal tiada di rumah.

Menurut beliau, mangsa ditinggalkan bersama adik lelaki yang berusia empat tahun di bawah jagaan ibu saudaranya.

Nik Ezanee berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai bermain dan memanjat sebuah katil di tepi tingkap.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan kanak-kanak jatuh dari kondominium di Lembah Klang, dalam tempoh dua hari berturut-turut. - Getaran, 18 November 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka