web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kos Laksana Haji Akan Dimuktamad Kabinet - Idris

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Nov 2021 2:12PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kos menunaikan ibadah haji untuk musim 1443H/2022 akan dimuktamadkan selepas dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Beliau berkata pihak Tabung Haji yang baru kembali dari Arab Saudi akan memberi taklimat kepadanya berkaitan kos mengerjakan haji dalam masa terdekat.

"Naik atau tidak, tunggu keputusan yang akan diputuskan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Kedutaan China di Malaysia kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Food Bank di sini hari ini.

Idris sebelum ini dilaporkan berkata kos mengerjakan ibadah haji dijangka meningkat berikutan perkembangan terkini berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan ketat yang dikuatkuasakan kerajaan Arab Saudi bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah haji.

Idris juga berkata Tabung Haji sedang menyemak dengan terperinci kos yang terkesan akibat kadar inflasi serta peraturan dan cukai baharu di Arab Saudi termasuk caj visa haji yang diperkenalkan pada musim haji 1441H/2020, selain kenaikan kadar cukai nilai tambah (VAT) di Arab Saudi daripada lima peratus kepada 15 peratus bermula Julai tahun lepas.

Menurut laporan media pada Mac lepas, kos mengerjakan haji tahun ini meningkat kira-kira sembilan peratus kepada sekurang-kurangnya RM25,000 bagi seorang jemaah haji berbanding RM22,900 pada 2019 dan 2020.

Ketika ini, bayaran yang perlu ditanggung jemaah haji negara adalah RM9,980 dan tidak pernah berubah sejak 2009, manakala baki RM12,920 ditanggung Tabung Haji.

Mengenai JAWI Food Bank, Idris berkata hari ini merupakan sumbangan ketiga oleh Kedutaan China di Malaysia untuk kegunaan membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19, menjadikan jumlah yang telah diterima daripada kedutaaan tersebut bernilai RM400,000.

"Sumbangan hari ini membuktikan hubungan dua hala antara Malaysia dan China kekal erat," katanya yang menyaksikan penyampaian sumbangan tersebut oleh Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing kepada Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail.

Idris berkata JAWI Food Bank telah menyalurkan sumbangan pek makanan kepada 270,000 penerima di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.

Sementara itu, Ouyang berkata wabak COVID-19 di Malaysia dilihat semakin terkawal namun pihaknya memahami sebahagian rakyat Malaysia terkesan akibat pandemik itu dan amat memerlukan bantuan.

 "Kami amat terharu melihat kawan-kawan dari JAWI bertungkus-lumus menyalurkan sumbangan bantuan barangan kepada golongan memerlukan. Kami berharap usaha (sumbangan) ini dapat membantu mengurangkan beban mereka," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka