web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


87 Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2021 8:05AM

Sultan Sharafuddin Idris Shah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Ahli Dewan Diraja Selangor Tengku Datuk Setia Ramli Alhaj Tengku Shahruddin Shah Alhaj adalah antara 87 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-76 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Sultan Selangor berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Kedua (D.K II) kepada Tengku Ramli Alhaj yang juga merupakan Ahli Perbadanan Wakaf Selangor dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Raja Tun Uda.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pula dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’.

Seramai tujuh penerima dikurniakan Darjah Kebesaran - Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran ‘Datuk’ bagi ahli lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi ahli wanita antaranya Duta Besar Malaysia ke Belgium Datuk Ahmad Rozian Abd Ghani; Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mohd Tarid Sufian dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Kanada Anizan @ Siti Hajjar Adnin. 

Turut menerima Darjah Kebesaran D.P.M.S adalah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Mohd Syafiq Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan Markas Tentera Darat Mej Jen Anuar Mohamad Ali dan Panglima Wilayah Laut 1 (Kuantan) Tentera Laut Diraja Malaysia Laksamana Muda Datuk Zulhelmy Ithnain.

Darjah Kebesaran Datuk - Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang turut membawa gelaran ‘Datuk’  bagi ahli lelaki dan ‘Datin Paduka’ bagi ahli wanita, dikurniakan kepada sembilan individu antaranya Ketua Pengarah Pergigian Markas Tentera Darat Brig Jen Dr Mohd Rosli Majid, Pegawai Memerintah 94 HAT, Kem Terendak Brig Jen Dr Mohamed Hatta Manis dan Panglima Pasukan Khas Laut (Lumut), Markas Tentera Laut Laksamana Pertama Redzuan Talib.

Turut menerima Darjah Kebesaran D.S.I.S ialah Juruiring Tentera Kepada Sultan Selangor Kepten Ahmad Ramli Kardi, Pengarah Hospital Serdang Dr Rohana Johan, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, Lembaga Pemegang Amanah, Lembaga Zakat Selangor Dr Abdul Rahman Abdullah, Pengarah Urusan Sunway Healthcare Group Lau Beng Long dan Pengarah Urusan Segi Value Holdings Sdn Bhd Chui Ah Hock.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran - Setia Mahkota Selangor (S.M.S) kepada 19 penerima antaranya Pakar Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Dr Kartini Md Ariff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor Rahilah Rahmat dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Selangor Hazman Che Mohamed.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor Hafisham Mohd Noor, Penolong Pesuruhjaya (Ketua Siasatan Negeri-KSN) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Selangor Adi Supian Shafie dan Pakar Perubatan Forensik dan Ketua Jabatan Hospital Serdang Dr Khairul Anuar Zainun merupakan antara 14 individu yang terpilih untuk dianugerahkan Darjah Kebesaran Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S).

Sempena ulang tahun keputeraan itu juga, Sultan Selangor berkenan untuk mengurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S) kepada 15 penerima dan Darjah Kebesaran Ahli - Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) kepada 14 orang.

Seramai tujuh individu turut dikurniakan Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C) sempena ulang tahun keputeraan baginda.

Tarikh untuk majlis istiadat penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat tersebut akan dimaklumkan kemudian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tengku Zafrul Dahului 104 Penerima Darjah Kebesaran, Pingat Negeri Selangor

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Jual Beras Dalam Talian, Anda Boleh Didakwa’ - KPKM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Kehakiman: Mahkamah Tolak Permohonan Najib

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Semasa 21 jam yang lalu

2 Lagi Ditahan Terlibat Kes Rasuah Projek Lebuh Raya Di Lembah Klang