web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2 Individu Termasuk Datuk Seri Direman Bantu Siasatan Kes Rasuah RM300,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2021 12:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Dua individu termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah berjumlah RM300,000 daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di depoh imigresen.

Perintah reman hingga Isnin itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret di sini selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Seorang wanita yang merupakan ejen pekerja asing berumur 41 tahun, disyaki bertindak sebagai orang tengah turut direman untuk membantu siasatan.

Sumber SPRM berkata wanita itu telah ditahan pada pukul 1 pagi tadi manakala lelaki berumur 44 tahun itu ditahan kira-kira 8 malam. Kedua-dua suspek ditahan di Pejabat SPRM Selangor.

Katanya, suspek lelaki itu mendakwa boleh membantu menyelesaikan kes penahanan 22 warga China yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian dan Macau Scam.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Semua 7 Suspek Warga Tempatan – ΚΡΝ

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Tembak KLIA Direman Seminggu

4

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Suspek Ugut Pelanggan McDonald’s Ditahan, Reman Sehingga Rabu

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Semasa 1 hari yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Langkah Eratkan Hubungan Dengan Persekutuan Tindakan Bijak - Sultan Kedah

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan